fbpx

Henti perbahasan, pandangan terhadap Lembaga Pengampunan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar semua pihak menghentikan segala perbahasan, perbincangan dan pandangan berhubung keputusan Lembaga Pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Anwar berkata, segala keputusan termasuk pengurangkan hukuman dan denda terhadap Najib adalah atas pertimbangan ihsan daripada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

“Kita tidak boleh menuntut penjelasan daripada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh YDPA dan diputuskan oleh YDPA.

“Itu kena faham dan bukannya (keputusan) diputuskan oleh Lembaga Pengampunan pada hakikatnya sebaliknya hanya prosesnya itu melalui Lembaga Pengampunan.

“Kalau nak tanya (penjelasan dan alasan keputusan itu dibuat), sila buat memoradum pada YDPA yang terdahulu,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI