fbpx

Gempa bumi sederhana landa Sumatera Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gempa bumi berukuran 5.2 skala Richter landa Sumatera Selatan, Indonesia pagi tadi.

PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Sumatera Selatan, Indonesia pada pukul 8.52 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, gempa bumi itu berukuran 5.2 skala Richter.

“Kejadian berlaku di 2.6 darjah selatan dan 100.3 darjah timur dengan kedalaman 69 kilometer (km).

“Ia berpusat di 167 km selatan dari Solok, Indonesia,” lapor MetMalaysia.

Tambah MetMalaysia, tiada ancaman tsunami derekodkan kepada Malaysia susulan insiden gempa bumi di negara seberang itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI