fbpx

[VIDEO] Noh harap penyelesaian terbaik, Mizz Nina diwakili suami baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOH Salleh ketika tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pagi ini. - FOTO SYAKIR RADIN

SHAH ALAM – “Insya-Allah, saya mendoakan penyelesaian yang baik.”

Demikian respons ringkas daripada penyanyi, Noh Salleh kepada media ketika tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, sekitar pukul 8.50 pagi tadi.

Noh atau nama penuhnya Muhammad Noh Salleh, 39, hadir ditemani dua kenalan dipercayai pengawal peribadinya.

Vokalis kumpulan Hujan tersebut hadir bagi prosiding sulh yang difailkan bekas isterinya, Mizz Nina bagi hak penjagaan anak angkat mereka, Musa.

Nina bagaimanapun tidak hadir. Peguam yang mewakili Mizz Nina, Mahmud Abdul Jumaat berkata, aktivis kemanusiaan itu sebaliknya diwakili suaminya, Essam Muhammad.

Terdahulu, Nina mendakwa Noh membawa keluar anak angkatnya, Musa tanpa kebenaran dan pengetahuan pihaknya.

Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 44, mengakui perkara yang disifatkan sebagai satu pengkhianatan itu memberikan kesan emosi kepadanya apatah lagi dia adalah ibu susuan kepada Musa dan tidak pernah berjauhan dengan Musa selama itu.

Nina sebelum ini mendakwa kejadian anaknya dibawa keluar dari rumah berlaku pada 19 Disember tahun lalu, ketika dia dalam penerbangan ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja.

Nina kemudiannya mendapatkan perintah mahkamah untuk mendapatkan semula Musa.

Noh dalam kenyataan kepada media pula berkata, tiada langsung unsur penculikan seperti yang didakwa, malah sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.

Vokalis kumpulan Hujan itu kemudian tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dituntut ibu kandung Musa yang hanya mahu dikenali sebagai Athira.

Noh, 39, menerusi hantaran di Instagram (IG), berkata, dia juga akan mengikut beberapa tuntutan lain seperti menarik balik kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini termasuk memadam gambar Musa di media sosial. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI