fbpx

Che Ta akui anak minat Blackpink

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Ta enggan melayan sebarang kecaman netizen terhadap anaknya, Aaisyah.

KUALA LUMPUR – Pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta enggan melayan kritikan peminat berkenaan vi­deo ta­rian anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana, 5, dalam laman Instagram.

Che Ta, 47, berkata, Aaisyah memang suka menari dan keba­nyakan budak-budak zaman sekarang memang meminati kumpulan Korea Selatan, Blackpink.

“Biarlah netizen mahu kecam, mungkin mereka tiada anak kecil atau anak-anak mereka tidak kenal Blackpink.

“Apa sahaja yang Aaisyah lakukan bawah pengawasan saya, bukan saya biarkan dia melakukan sesuatu sendirian,”ujarnya ketika dihubungi Kosmo!.

Isu berkenaan menjadi percakapan netizen apabila video Aaisyah menari mengikut ren­tak lagu terbaharu Blackpink, How You Like That yang dimuat naik pada malam Ahad lalu mengundang rasa kurang selesa peminat.

Kebanyakan komen menyatakan tarian si kecil itu dianggap keterlaluan bagi kanak-kanak seusianya. Bahkan ada segelintir pengikut berhujah mengatakan ibu bapa tidak wajar mengajar anak-anak menari terkinja-kinja dan bermain TikTok.

“Dah dapat anak sempurna sifat…salah didik pula…tak takut ke akibatnya,” tulis salah seorang netizen.

Aaisyah ialah anak perem­puan tunggal Che Ta hasil perkahwinan bersama pelakon Zain Saidin. Aaishah mempu­nyai 1.5 juta pengikut dalam Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI