fbpx

Nur Hasya wanita pertama jadi Presiden MPP UniSZA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR HASYA (depan, kanan) mengetuai lafaz ikrar barisan MPP UniSZA.

“SAYA betul-betul rasa gembira kerana pemilihan presiden adalah dalam kalangan kabinet sendiri.

“Saya juga bangga dan teruja diberikan kepercayaan dan ruang untuk mengemudi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kali ini.”

Itu antara kata-kata syukur bercampur teruja yang keluar dari mulut Nur Hasya Harun, 25, selepas dia dipilih menjadi tonggak penting universiti.

Nur Hasya yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi dipilih sebagai Presiden MPP Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu bagi sesi 2023/2024.

Lebih membanggakan, dia merupakan satu-satunya presiden wanita yang dilantik dalam sejarah UniSZA.

Bercakap kepada iGen, meskipun teruja, masih terselit kerisauan berkaitan penerimaan dan persepsi apabila wanita menjadi pemimpin.

Namun, dia percaya, itu merupakan amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

“Saya percaya dengan kekuatan dan kredibiliti setiap ahli MPP. Mereka mampu membantu saya dalam mencapai hasrat pengurusan dan mahasiswa.

“Insya-Allah, dari semasa ke semasa, kami ada banyak program berteraskan kebajikan dan kepimpinan selari dengan Pelan Strategik UniSZA.

“Saya juga akan memastikan transparency antara MPP dan mahasiswa terutama dalam pelaksanaan program serta urusan kewangan,” katanya yang merupakan anak jati Kemaman, Terengganu.

NUR HASYA (tiga dari kanan) sewaktu menerima watikah pelantikan sebagai Presiden MPP UniSZA bagi sesi 2023/2024 daripada pihak pengurusan universiti.

Nur Hasya percaya, semakin hari semakin banyak perkara yang perlu dipelajari dan cabaran harus dihadapi.

Ujarnya, MPP merupakan platform mahasiswa menyampaikan suara pelajar kepada pengurusan dalam memastikan kebajikan semua siswa terjamin.

“Ini merupakan kali kedua saya sebagai MPP, sebelum ini saya merupakan Exco Kelab Persatuan.

“Sebelum menjadi MPP, saya merupakan ahli Majlis Kolej Kediaman sebanyak dua kali.

“Penglibatan saya dalam dua badan terbesar mahasiswa di UniSZA merupakan bukti universiti ini mampu melahirkan pemimpin-pemimpin yang berdaya saing.

“Ini kerana, pengalaman dan usaha perlu selari sebagai langkah menjadi ‘role’ model kepada mahasiswa lain,” katanya.

Ditanya mengenai harapannya, anak sulung daripada empat beradik itu berharap, barisan MPP kali ini bersatu hati dan mengamalkan sikap terbuka bagi mencapai kejayaan.

“Saya berharap, MPP kali ini mampu menjadi ‘role’ model kepada mahasiswa terutamanya dalam empat teras utama PASU.

“PASU adalah Pimpinan, Akademik, Sukarelawan dan Usahawan,” katanya yang berhasrat menyambung pengajian ke peringkat seterusnya.

Nur Hasya yang kini berada di semester kelima bercita-cita mahu menjadi pegawai perhubungan awam kerana mempunyai minat mendalam terhadap kerjaya tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI