fbpx

Celine Dion kongsi derita dalam dokumentari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CELINE DION terlantar atas katil akibat penyakit sindrom orang kaku sejak tahun lepas.

SEJAK menderita penyakit stiff person syndrome atau sindrom orang kaku hampir setahun lalu, sehingga kini penyanyi terkenal antarabangsa, Celine Dion masih lagi berjuang melawan masalah tersebut,

Menurut laporan E! News, penyanyi berusia 55 tahun itu bagaimanapun bakal menerbitkan sebuah dokumentari istimewa tentang dirinya yang bertajuk I Am: Celine Dion.

Menurut Dion, dokumentari tersebut bakal menceritakan tentang perjalanan hidupnya sewaktu meniti zaman kegemilangan, sehingga hanya mampu terlantar di atas katil akibat penyakit yang dihidapi.

Biarpun tidak mampu aktif seperti dahulu, pelantun lagu My Heart Will Go On itu tetap kuat untuk meneruskan kehidupan dan berharap untuk sembuh dengan segera.

“Sepanjang tempoh saya berehat, saya sedar betapa rindunya untuk bertemu dengan peminat. Jadi saya hadiahkan dokumentari ini untuk melepaskan rasa rindu terhadap mereka.

“Dokumentari ini nanti juga akan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang stiff person syndrome,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI