PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua buah negeri, petang ini.
Menurut MetMalaysia menerusi satu kenyataan, hujan lebat bakal melanda beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.
“Di Sarawak, hujan lebat dijangka turun di Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei, Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song dan Kapit).
“Sementara itu, di Sabah, cuaca buruk diramal di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort),” katanya.
Menurut MetMalaysia, cuaca sama juga bakal melanda Wilayah Persekutuan Labuan.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.
Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut. – KOSMO! ONLINE