fbpx

105,000 permohonan Rumah Mesra Rakyat setakat Januari 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (tengah) menyerahkan replika kunci rumah RMR Perakku Prihatin kepada Noor Alia (empat dari kiri) di Mukim Temelong, Lenggong hari ini.

LENGGONG – Sebanyak 105,000 permohonan terhadap Rumah Mesra Rakyat (RMR) diterima Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sehingga bulan lalu.

Pengerusinya, Datuk Husam Musa berkata, buat masa ini, jumlah permohonan yang semakin meningkat tersebut menunjukkan minat rakyat terhadap projek perumahan berkenaan namun pihaknya berhadapan kekangan untuk membina lebih banyak RMR.

Justeru, katanya, bagi mengatasi permohonan tertunggak berkenaan, kerajaan memperkenalkan RMR 2.0 yang akan dibuka kepada semua warganegara Malaysia berkelayakan.

“Kosnya masih lagi murah (seperti RMR) tetapi keluasannya bertambah sedikit. Ini (RMR 2.0) bagi meringankan permohonan projek rumah mampu milik RMR,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis penyerahan kunci rumah RMR Perakku Prihatin kepada pemiliknya, Noor Alia Mohd. Rosli, 29, yang disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di Mukim Temelong di sini.

Pada masa sama, Husam berkata seramai 147 buah keluarga di seluruh negeri ini telah mendapat rumah pertama dengan bantuan pinjaman perumahan tanpa faedah berkenaan.

Sementara itu, Saarani merangkap Pengerusi Yayasan Perak berkata, adalah menjadi harapan kerajaan negeri agar setiap rakyat Perak memiliki kediaman yang selesa dan kondusif sekali gus meningkatkan taraf hidup mereka terutamanya kawasan luar bandar.

“Yayasan Perak komited merealisasikan sasaran sejahtera sosial bagi mencapai agenda Perak Sejahtera 2030, “ katanya.

Program RMR Perakku Prihatin adalah program kerjasama antara Yayasan Perak dan SPNB melalui memorandum persefahaman (MoU) pada 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI