fbpx

Lelaki maut motosikal langgar pembahagi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GOMBAK – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh pembahagi jalan dalam kejadian di jalan Batu 18 Rawang menghala ke Selayang, di sini, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Abang Kaderi Abang Wasli berkata, kejadian yang berlaku pada pukul 2.45 pagi itu melibatkan sebuah motosikal.

Katanya, mangsa yang berusia 39 tahun ketika itu dalam perjalanan menuju ke Selayang.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal mangsa telah hilang kawalan sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Selayang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat diminta menyalurkan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Suharman Che Musa di talian 019-6751727 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI