fbpx

Beli beg, kasut mahal boleh, untuk anak berkira – Fizz Fairuz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIZZ Fairuz berpendapat penganjuran majlis meraikan pelajar yang diadakan setahun sekali tidak seharusnya dianggap membebankan.

PETALING JAYA – “Beli beg dan kasut mahal boleh, takkan untuk anak nak berkira?”

Demikian pandangan pelakon dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz berkenaan isu penganjuran majlis graduasi murid di hotel yang disifatkan membebankan sesetengah penjaga.

Kata pemilik nama sebenar Fairuz Zainal Abidin, 44, ibu bapa sewajarnya tidak menganggap perbelanjaan yang dikeluarkan setahun sekali sebagai membazir.

Bahkan, tegasnya acara meraikan pelajar itu hanya diadakan setahun sekali yang juga menerusi keputusan bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Sekolah buat di tempat selesa dikatakan tak sesuai, bila buat di sekolah saja dikata tiada tempat lain ke nak buat dengan (cuaca) panasnya. Semua benda tak betul zaman sekarang.

“Untuk anak-anak bagi saja la. Mereka buat sebab PIBG dan ibu bapa dah setuju, kalau tak setuju mereka tak buat.

“Setahun sekali buat, bukan hari-hari kena keluar RM150 hingga RM250 tu,” tulisnya dalam perkongsian di Instagram Story.

Sebelum ini, isu pihak sekolah yang telah mendapatkan persetujuan PIBG mengadakan acara meraikan pelajar pada akhir tahun di hotel mendapat perhatian netizen.

Jumlah bayaran dikenakan antara RM150 sehingga RM250 bagi setiap pelajar didakwa terlalu membebankan bagi keluarga kurang berkemampuan dan mempunyai ramai anak.

Isu terbabit turut mendapat ulasan pelakon Adrea Abdullah yang mempertikai trend tersebut berikutan tidak semua ibu bapa mampu membayar kos sebesar itu.

Andrea juga mendakwa tindakan memilih menganjurkan majlis di hotel mewah seolah-olah mahu bermegah dalam media sosial tanpa memikirkan kemampuan keluarga pelajar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI