fbpx

Saliran kolam renang bocor punca tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan tanah runtuh yang berlaku di sebuah banglo tiga tingkat, pagi tadi. Foto IHSAN JBPM

KUALA LUMPUR – Kejadian tanah runtuh membabitkan sebuah banglo tiga tingkat dilaporkan berlaku di Jalan Taman Pantai, Taman Bukit Pantai, Bangsar, di sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pukul 10.45 pagi tadi.

Seramai 17 pegawai dan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dan BBP Seputeh dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurut Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Mustafa Kama Mohd Arih, pemeriksaan awal mendapati runtuhan tanah berkemungkinan daripada kebocoran saliran air kolam renang unit rumah bahagian atas.

“Kerja-kerja mengosongkan sisa air kolam renang dilakukan oleh pasukan bomba bagi mengelakkan tanah semakin lembap kerana ia berpotensi berlakunya pergerakan atau hakisan tanah.

“Tiada mangsa yang terperangkap dan (tiada) struktur rumah terlibat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, kes ini diserahkan kepada Unit Cerun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), polis dan pihak kontraktor rumah untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI