fbpx

EPL: Amaran keras Liverpool buat Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUNEZ (kanan) belum pasti diturunkan menentang Arsenal disebabkan kecederaan kaki ketika menentang Chelsea. – OPTUS SPORT

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp melaungkan keyakinan tinggi untuk memastikan pasukannya selesa mene­rajui carta Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi kelebihan lapan mata ­dengan menewaskan ­Arsenal tengah malam ini.

Keyakinan itu hadir berdasarkan prestasi semasa ditampilkan The Reds yang masih belum tewas daripada 11 perlawanan dalam semua kejohanan terma­suk membelasah Chelsea 4-1 di Anfield pada Khamis lalu.

Sepanjang 11 perlawanan itu, Liverpool berjaya menang lapan dan hanya seri tiga kali dengan kekalahan terakhir dialami ketika tewas mengejut 1-2 kepada kelab Belgium, Union Saint-Gilloise dalam saingan Liga Europa pada 15 Disember lalu.

Enggan bermain perang psikologi, Klopp, 56, tanpa berselindung mengakui, bersedia menewaskan Arsenal di Stadium Emirates, sekali gus menamatkan cabaran lawan tersebut ­untuk memenangi kejuaraan EPL musim ini.

“Satu perlawanan yang sukar setiap kali menentang Arsenal, tetapi kami berada dalam kea­daan terbaik ketika ini. Kami perlu belajar daripada pertemuan terdahulu menentang mereka.

“Situasinya mudah. Arsenal kalahkan kami, mereka akan kekal (perebutan kejua­raan). Jika mereka gagal, anda boleh bertanyakan kepada orang lain, tetapi perlu diingat masih ada banyak lagi perlawanan selepas ini.

“Anda boleh menang dan kalah pada bila-bila masa. Namun, kami akan cuba memberikan kesukaran seba­nyak yang boleh kepada mereka. Kita tunggu dan lihat sama ada kami mampu melakukannya,” kata Klopp.

Klopp yang akan melepaskan jawatannya penghujung musim ini menegaskan mereka perlu memenangi setiap perlawanan sama ada bertemu Arsenal ataupun lawan-lawan lebih lemah jika mahu mengejar tahap ­Manchester City.

Dalam masa sama, bekas pe­ngendali Borussia Dortmund itu mengakui, beliau berdepan ­dilema untuk menurunkan skuad terbaik biarpun tanpa Mohamed Salah yang masih cedera dan Wataru Endo pula sedang bersama Jepun di Piala Asia.

“Saya tak pasti Darwin (Nunez) boleh bermain atau tidak kerana dia merasai sedikit kesakitan di bahagian kaki ketika menentang Chelsea. Berdasarkan imbasan, tidak patah atau apa-apa yang serius, cuma masih bengkak.

“Ini kali pertama saya me­ngalami masalah yang sebenar­nya menggembirakan saya kerana masih ada ramai pemain yang boleh bermain di pelbagai posisi. Saya tak rasa ia satu masalah ­besar,” jelas Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI