fbpx

Tiga lagi tahanan Depot Imigresen Sementara Bidor ditangkap orang awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETUA Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh pada sidang media di Depot Imigresen Sementara Bidor, Tapah di sini hari ini.

TAPAH – Tiga lagi tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor telah berjaya ditangkap orang awam di dua lokasi berbeza pagi ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pada pukul 7 pagi tadi, dua tahanan itu telah ditangkap oleh kariah Masjid Batu Melintang.

“Mereka datang untuk meminta air daripada kariah masjid yang kemudian menelefon pihak polis untuk menangkap mereka.

“Kemudian, baru tadi (kira-kira pukul 11.30 pagi) seorang lagi tahanan telah ditahan penduduk Kampung Orang Asli Sementa pada jarak 12 kilometer daripada depot bagi mendapatkan keperluan air dan minuman,” katanya pada sidang media di Depot Imigresen Sementara Bidor di sini pagi tadi.

Setakat ini, 10 orang tahanan telah berjaya ditangkap dan operasi memburu mereka masih diteruskan melibatkan pihak polis, imigresen dan orang awam.

Media melaporkan seramai 131 warga asing melarikan diri dari blok lelaki depot itu merangkumi 115 etnik Rohingya, 15 warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh.

Bagaimanapun, seorang daripada tahanan berkenaan maut selepas dilanggar kenderaan ketika cuba melarikan diri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI