fbpx

Tentera maut kemalangan: Jenazah Lans Koperal Mohd. Haiz selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Allahyarham Mohd Hafiz disembahyangkan di Masjid Al Wajdi di Bukit Selambau, dekat Sungai Petani malam ini.

SUNGAI PETANI – Jenazah anggota tentera, Allahyarham Lans Koperal Mohd. Hafiz Haris, 30, yang maut dalam kemalangan dekat Gurun pagi tadi tiba di pekarangan Masjid Al Wajdi, Bukit Selambau, di sini pada pukul 11.33 malam tadi.

Jenazah Allahyarham Mohd. Hafiz kemudian disembahyangkan di masjid tersebut sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam di situ.

Terdahulu, mangsa menjalani proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

Kira-kira 100 orang terdiri dalam kalangan pegawai dan anggota tentera, ahli keluarga, kenalan serta penduduk setempat hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Kosmo! Online hari ini melaporkan tiga anggota tentera terbunuh dalam kemalangan membabitkan tiga trak pasukan keselamatan itu dengan sebuah lori di Kilometer 77.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, dekat Gurun hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Selain Lans Koperal Mohd Hafiz yang bertugas di Batalion ke-3 Rejimen Sempadan di Kem Pengkalan Hulu, Perak, dua lagi identiti anggota yang maut ialah Sarjan Rozali Abdull Rani, 39, dan Koperal Mohd Asri Idris, 40. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI