fbpx

Marquez berada dalam dilema

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ perlu menjalani satu lagi pembedahan untuk memulihkan lengannya bagi membolehkannya beraksi pada pramusim. – AFP

LONDON – Pelumba Honda, Marc Marquez berada dalam dilema untuk membuat keputusan sama ada perlu menjalani pembedahan ketiga lengan kanannya atau tidak menjelang saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2021.

Juara dunia enam kali MotoGP itu dikatakan perlu menjalani satu lagi pembedahan selepas kecederaan yang dialami akibat terlibat dalam kemala­ngan pada Julai lalu masih belum pulih sepenuhnya.

Bagaimanapun, ketika ini masih belum ada kenyataan rasmi dari Honda mahupun dari Marquez sendiri mengenai pembedahan ketiga yang perlu dilakukannya.

Menurut Sky Sport Italia, Marquez dan keluarganya sedang memikirkan risiko yang akan dihadapinya sebelum membuat keputusan pembedahan tersebut dalam minggu ini.

Sekiranya Marquez bersetuju untuk melakukan pembedahan ketiga, pelumba Sepanyol itu akan berehat panjang sekali lagi sekali gus menjejaskan pe­luangnya untuk turun pada aksi pramusim 2021.

Bukan itu sahaja, Marquez juga akan terlepas beberapa perlumbaan dalam saingan MotoGP 2021. Justeru, keputusan yang akan diambil Marquez minggu ini sangat penting karier masa depannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI