DUA pelakon popular, Mimi Lana dan Syafiq Kyle sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila muncul dengan foto berdua menggayakan satu fotografi fesyen dengen berbusana sedondon, baru-baru ini.
Di sebalik realiti menjadi bualan ramai, bekas pasangan tak jadi nikah itu sebenarnya meniru gaya tangan ‘mini love’ pasangan diraja iaitu Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultanah Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah baru-baru ini.
“Daulat Tuanku merafak sembah, menjunjung kasih. Terima kasih untuk lima tahun ini. Kami sayangkan Tuanku berdua,” kata Mimi dalam aplikasi X.
Selain ucapan, Mimi turut memuat naik fotonya yang menunjukkan satu isyarat tangan iaitu ‘saya sayang awak’, manakala Syafiq pula melakukan ‘mini love’.
Mungkin niat mereka hanya ingin meniru gaya tetapi lain pula yang berlaku apabila menerima doa agar hubungan cinta mereka kembali bertaut.