HANYA disebabkan memuat naik sebuah video solekan dalam TikTok, wajah pelakon Rozita Che Wan disamakan seperti usahawan sensasi, Datuk Seri Vida dan Nur Sajat.
Kedengaran lucu tetapi persamaan tersebut menghujani pelakon yang mesra disapa sebagai Che Ta itu.
“Wah macam kembar Datuk Vida!
“Awalnya ingatkan Sajat tetapi rupa-rupanya Che Ta,” seloroh netizen.
Sedar dengan komen-komen netizen, Che Ta meminta orang ramai memberitahu bahagian mana pada wajahnya yang dikatakan mirip Vida dan Sajat.
“Amboi! Disebabkan video tiada solekan, tergamak anda kata wajah saya sama seperti Vida.
“Umur, tinggi, bentuk muka dan berat kami tidak sama. Bahagian mana yang anda kata sama sangat itu?
Bagaimanapun, menurut segelintir netizen, Che Ta dalam video tersebut menggunakan ‘filter’ dan bukannya tanpa solekan seperti didakwa sesetengah individu.