fbpx

Jangan bawa kanak-kanak melawat orang sakit di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran PHM di laman Facebook

PETALING JAYA – Ibu bapa tidak digalakkan untuk membawa anak-anak kecil ke hospital untuk melawat orang sakit kerana dikhuatiri bakal mendapat jangkitan.

Menurut sebuah hantaran di laman Facebook Public Health Malaysia (PHM), kanak-kanak lebih berisiko mengalami pelbagai jenis jangkitan disebabkan kuman yang tersebar di seluruh hospital.

PHM berkata, kanak-kanak mempunyai ketahanan badan yang lebih rendah, menjadikan mereka lebih berisiko mendapat masalah kesihatan.

“Bayangkan, ada seorang pesakit yang terlantar sekian lama, dilabel MRSA yang membawa maksud kuman yang tidak boleh dirawat dengan pelbagai jenis antibiotik.

“Di katil lain, ada seorang lagi pesakit yang diletakkan pesakit TB yang rintang dengan ubat anti TB,” katanya.

Menurut PHM, persekitaran di hospital tersebut tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana mereka mungkin akan tersentuh objek tercemar lalu memasukkan tangan ke dalam mulut.

“Sekiranya anda bercadang untuk membawa anak anak kecil ke hospital untuk melawat pesakit, fikirkan semula.

“Hospital merupakan tempat rawatan untuk pesakit dengan pelbagai jenis penyakit. Anda tidak tahu apa kuman yang ada di persekitaran hospital,” jelasnya.

Tambah PHM, orang ramai yang baru sahaja pulang dari hospital dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan mencuci tangan sebelum meninggalkan hospital.

“Sebaik tiba di rumah, jangan lupa mandi dan basuh pakaian anda,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI