fbpx

APMM tahan 19 PATI warganegara Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot nelayan yang ditahan APMM di kedudukan 1.20 batu nautika timur Tanjung Tavajun, Kota Kinabalu. Kredit foto APMM

Oleh MOHD. NAZLLIE ZAINUL
KOTA KINABALU – Seramai 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia berusia 20 hingga 44 tahun ditahan Maritim Malaysia (APMM) dalam serbuan membabitkan sebuah bot nelayan, semalam.

Bot nelayan tempatan itu berjaya dikesan pada kedudukan 1.20 batu nautika timur Tanjung Tavajun, dekat sini, kira-kira pukul 11 pagi.

Pengarah APMM Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Rosli Abdullah berkata, pihaknya berjaya mengesan bot berkenaan ketika melakukan rondaan rutin di kawasan perairan daerah ini.

“Kita terus melakukan pemeriksaan ke atas bot nelayan berkenaan sebelum mendapati seramai 19 warga asing berada di dalam bot terbabit.

“Hasil pemeriksaan mendapati semua pekerja bot ini warga Indonesia dan mereka gagal mengemukan dokumen yang sah.

“Semua PATI ini ditahan bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Mohd. Rosli berkata, pemeriksaan lanjut turut mendapati lesen bot yang digunakan juga disyaki tamat tempoh.

Menurutnya, bot dan awak-awak kemudiannya dibawa ke Jeti APMM Kota Kinabalu di Sepanggar untuk siasatan lanjut.

Siasatan dijalankan mengikut Akta Imigresen 1959 dan Akta Perikanan 1985. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI