fbpx

132 PATI lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depoh Imigresen Sementara Bidor maut dilanggar dalam kejadian di Kilometer 335, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bidor sebentar tadi.

TAPAH – Seramai 132 pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya yang ditahan di Depot Imigresen Sementara Bidor dekat sini, dilaporkan melarikan diri hari ini.

Difahamkan, kesemua PATI berkenaan melarikan diri dalam kejadian pukul 9.50 malam dan susulan kejadian itu, Op Tutup dijalankan membabitkan sekatan jalan raya (SJR) di beberapa kawasan bagi menjejaki kesemua mereka.

Difahamkan, seorang daripada PATI berkenaan maut dilanggar kenderaan di Kilometer 335, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bidor, sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI