fbpx

MHL 2024: Negeri Sembilan raih kemenangan sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN PDRM Blue Warriors (jersi putih) melakukan asakan ke kubu Negeri Sembilan dalam saingan MHL 2024 di Stadium Hoki Seremban 2 petang tadi. - NAZARUDIN SHAHARI

SEREMBAN – Pasukan hoki wanita Negeri Sembilan memulakan kempen Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024 dengan langkah kanan apabila menewaskan PDRM Blue Warriors 3-2 dalam perlawanan sulung di Stadium Hoki Seremban 2 petang tadi.

Penyandang kejuaraan treble musim lalu itu tampil garang dengan gandingan diketuai Fazillah Sylvester Silin selepas bintang mereka, Nuramirah Shakirah Zulkifli berhijrah menyertai Malaysian University tahun ini.

Tuan rumah terpaksa menunggu sehingga minit ke-30 untuk meraih jaringan menerusi Zaty Alyani Muhamad Zubir sebelum Anith Humaira Baharudin menggandakan kedudukan pada minit ke-50.

Enggan mengalah, PDRM Blue Warriors bangkit merapatkan jurang melalui Wan Nur Syafiqah Syahirah Wan Nordin pada minit ke-56.

Bagaimanapun, Negeri Sembilan terus melebarkan kedudukan 3-1 selepas memperoleh penalti stroke yang disempurnakan oleh Anith Humaira sekali lagi.

PDRM Blue Warriors menggunakan peluang daripada pukulan sudut penalti pada minit akhir perlawanan untuk menjaringkan gol oleh Nur Aisyah Yaacob, tetapi ia sudah terlambat apabila tewas 2-3. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI