fbpx

Tranquility berlabuh di perairan Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pengunjung merakam gambar sebuah kapal layar mewah yang didakwa Tranquility di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Kapal layar mewah yang sebelum ini terpalit dengan skandal penyelewangan berbilion dolar membabitkan Dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tranquility atau dahulunya dikenali sebagai Equanimity kini berlabuh berhampiran Pangkalan Raja Tun Uda di sini.

Kapal yang ketika ini dimiliki pengendali pusat peranginan, Genting Malaysia Bhd. (Genting) itu dikatakan memasuki ke perairan negeri ini sejak Selasa lalu dan kali kedua berlabuh di lokasi sama pada Jun lalu.

Tinjuan Kosmo! di Tanjung City Marina hari ini mendapati, kapal berkenaan menjadi tarikan dalam kalangan penduduk di sini termasuk pengguna jalan raya berhampiran.

Difahamkan, lokasi berkenaan kini menjadi tumpuan orang ramai termasuk kaki pancing pada waktu malam sambil merakamkan gambar kapal yang dihiasi dengan lampu mewah.

Seorang penduduk, Anwar Omar, 51, berkata, dia ke situ bagi melihat pada jarak lebih dekat kapal yang pernah terpalit dengan kontroversi dua tahun lalu

Dia yang bekerja di sebuah pejabat swasta berhampiran Padang Kota Lama berkata, dia meluangkan masa kurang setengah jam untuk merakam gambar kapal berkenaan yang sebelum ini hanya dilihat menerusi kaca televisyen.

“Saya pada mulanya tidak menyedari tentang kewujudan kapal itu di sini. Namun petang tadi, pandangan mata saya tertoleh ke arah lautan ini semasa pulang dari tempat kerja lalu terpandang sebuah kapal yang dikatakan pernah menjadi perbualan hangat suatu ketika dulu.

“Saya sebelum itu membuat carian maklumat berkaitan menerusi talian internet pada telefon bimbit,” katanya yang teruja melihat kapal mewah berkenaan pada jarak dekat.

Tranquility yang sebelum ini dikaitkan dengan ahli perniagaan Jho Low Teck atau Jho Low telah dijual kepada Genting Malaysia Bhd, atau syarikat ‘special purpose vehicle’ (SPV) milik Genting, pada harga AS$126 juta (RM514 juta) tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI