fbpx

500 huffaz As Sofa bakal diraikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian ulama luar negara yang hadir pada majlis meraikan huffaz al-Quran anjuran Yayasan Sofa Negeri Sembilan sebelum ini.

SEREMBAN – Sepanjang 25 tahun bertapak sebagai institusi pendidikan tahfiz dan turath, Yayasan Sofa Negeri Sembilan berjaya melahirkan 500 huffaz al-Quran.

Bagi menyanjung tinggi ahli al-Quran, pewaris Nabi Muhammad SAW dan legasi Ahli Sunnah wal Jamaah, satu majlis meraikan 500 huffaz ini akan diadakan pada 5 Februari 2024 depan.

Pengarah Program, Dr. Mohd. Sufi bin Ibrahim al-Hafiz, berkata majlis penghargaan ini dihadiri oleh ulama dunia yang dijemput khas dari Arab Saudi di mana kehadiran mereka ini umpama hadiah bagi meraikan kecemerlangan tertinggi al-Hafiz cetakan As Sofa.

“Majlis ini adalah simbolik kecemerlangan ahli ilmu yang mencintai al-Quran sehingga berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran.

“Malah pelajar ini juga berjaya mengkhatamkan pembacaan kitab Sahih Al-Bukhari, mengandungi sebanyak kira-kira 7,000 hadis,” katanya.

Melalui majlis penghargaan ini nanti, ia dapat menyuntik semangat pelajar tahfiz As Sofa untuk terus berjuang mencapai kejayaan dalam bidang al-Quran, hadis dan akademik.

Majlis turut dihadiri oleh ulama’ Ahli Sunnah Wal Jamaah terkemuka dunia antaranya, Profesor Dr. Sayyid Toha al Idrisi; Sayyid Khalid al Idrisi; Sayyid Walid al Idrisi dan Pengasas As Sofa, Datuk Muhammad Fuad bin Kamaludin.

Diharap dengan lahirnya penghafaz al-Quran ini maka akan lahir lebih ramai mereka yang bergelar al-Hafiz di bawah institusi pendidikan As Sofa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI