fbpx

Wanita kongsi keputusan peperiksaan anak dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita berkongsi keputusan peperiksaan anaknya di media sosial mendapat kecaman orang ramai.

Menerusi sebuah tangkap layar yang tular di aplikasi X, tindakan wanita itu mendapat pelbagai reaksi apabila seolah-olah mengeluh dengan prestasi anaknya walaupun keputusan yang ditunjukkan agak baik.

“Baru tengok keputusan peperiksaan akhir tahun. Alahai, parah-parah. Semua subjek Sains menurun, tahun depan dah nak SPM.

“Masa cuti sekolah suruh pergi tuisyen tak nak. Tengok semua subjek Sains dah ‘drop’,” tulis kapsyen pada gambar keputusan peperiksaan yang dikongsi di TikTok.

Tangkap layar perkongsian keputusan peperiksaan tersebut yang tular di media sosial.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna mengecam tindakan wanita tersebut selain turut meminta dia lebih menghargai usaha anaknya untuk mendapat keputusan cemerlang.

“Dia macam ‘typical’ mak-mak zaman dulu yang tak puas hati dengan keputusan peperiksaan anak walaupun gempak. Cuma sekarang mak-mak Gen Z jenis suka masukkan dalam media sosial je. Dulu-dulu hanya anak dengan keluarga saja tahu,” kata Has.

“Kepada ibu bapa di luar sana, tolong bangga dengan apa jua keputusan anak anda dapat. Saya tidak begitu cemerlang dalam SPM, tapi Alhamdulillah sedang sambung belajar dan jadi seorang manusi,” kata Faxy.

“Tak sepatutnya dikongsikan kepada umum, malulah anak tu. Sepatutnya nasihat secara peribadi, ini siap cakap parah-parah. Bukannya dia gagal subjek itu,” kata Zamm.

“Mungkin sebelum ini dia dapat A. Ibu bapa mestilah mahu anak dia dapat yang terbaik,” kata Intan.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah mendapat lebih 7,000 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI