fbpx

YBR sumbang RM7.5 juta perkasa pengajian bahasa etnik di UPSI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EWON (tengah) pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dan penyerahan replika cek yang melibatkan YBR dan UPSI di Dewan SITC UPSI, Tanjung Malim hari ini.

TANJUNG MALIM – Yayasan Bank Rakyat (YBR) memperkasa pendidikan peringkat tinggi berteraskan pengajian bahasa etnik di negara ini dengan menyumbang RM7.5 juta kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Peruntukan itu bagi membiayai Program Penajaan Pendidikan Bahasa Etnik bagi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Etnik) dengan kepujian yang bakal ditawarkan kelak di universiti tersebut.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, pembiayaan pendidikan itu khusus bagi mahasiswa yang mengambil pengajian bahasa etnik Kadazan Dusun, Iban dan Semai.

“Ini merupakan komitmen saya untuk melihat bahasa etnik di UPSI berkembang yang sebenarnya merupakan kesinambungan program yang telah dimulakan pada 10 tahun lalu.

“Saya berharap ini dapat menunjukkan identiti Malaysia sebagai sebuah negara yang latar belakang bahasa yang berbeza.

Bermula di kampus pengajian saya percaya kerajaan dan pimpinan harus berperanan memperkasa bahasa etnik yang ditawarkan oleh instisusi pengajian,” katanya.

Ewon berkata sedemikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dan penyerahan replika cek yang melibatkan YBR dan UPSI di Dewan SITC hari ini.

Turut hadir Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff dan Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani.

Durasi tajaan RM7.5 juta itu selama lima tahun yang bakal memberikan manfaat kepada 30 orang pelajar terpilih bagi menampung pengajian semasa mereka di UPSI. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI