fbpx

Dua beradik maut Proton Wira dinaiki bertembung trak pikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta Proton Wira selepas bertembung Toyota Hilux dalam kemalangan di Jalan Kota Tinggi-Penawar berhampiran Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi hari ini. - Foto IHSAN BOMBA

KOTA TINGGI – Dua beradik maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Kota Tinggi ke Penawar berhampiran Felda Air Tawar 3, di sini pagi tadi.

Mangsa maut dikenali sebagai Mohamad Syahriel Aiman Darwis, 22, dan kakaknya, Nurul Saidatul Akmar, 36, yang menaiki kereta Proton Wira.

Dua lagi mangsa yang menaiki kenderaan sama Rukiah Mohd. Alwee, 61, dan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun alami cedera parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat kota Tinggi Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB ) Mohd. Shawaluddin Ami Nordin berkata, seramai tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kemalangan itu pada pukul 10.33 pagi.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kereta jenis Toyota Hilux dan Proton Wira.

“Kemalangan melibatkan lima mangsa. Dua mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan, dua mangsa cedera parah dan satu lagi mangsa cedera ringan.

“Tindakan operasi mengeluarkan dua mangsa tersepit di bahagian hadapan kereta jenis Proton Wira dan menyerahkan mangsa kepada pihak polis manakala mangsa yang cedera diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya operasi ditamatkan pada pukul 11.55 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI