fbpx

Dua lelaki didenda masing-masing RM500 gaduh dalam restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIVANATHAN (dua dari Kiri) dan Lohes mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan terlibat dalam kejadian kacau ganggu di sebuah restoran di Taman Impian Emas, Skudai, Johor, 26 Januari lalu.

JOHOR BAHRU – Dua lelaki masing-masing didenda RM500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melakukan kekecohan dan bergaduh sehingga mengganggu ketenteraman awam di sebuah restoran di Taman Impian Emas, Skudai, di sini, minggu lalu.

Tertuduh, S. lohes, 38, dan K. Sivanathan, 40, membuat keputusan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua lelaki itu dituduh telah melakukan gaduh gempar dengan melakukan kekecohan dan bergaduh sehingga mengganggu ketenteraman awam.

Perbuatan itu dilakukan bersama empat individu yang masih bebas pada pukul 11.50 malam di sebuah restoran di Jalan Impian Emas, Taman Impian Emas, 26 Januari lalu.

Bagi perbuatan itu, kedua lelaki terbabit telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau dengan denda yang boleh sampai RM1,000 atau dengan kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqillah Ahmad Rofaie manakala tertuduh, Sivanathan diwakili Amarpreet Singh Rajwinder Singh dan Lohes tidak diwakili peguam.

Amarpreet dalam rayuannya mengatakan Anak guamnya yang menghidap penyakit pundi hempedu sudah insaf dan tidak akan mengulangi perbuatannya manakala Lohes merayu hukuman yang lebih rendah memandangkan mempunyai tanggungan tiga orang anak.

Mahkamah menetapkan tertuduh didenda sebanyak RM500.

Minggu lalu, tular video berdurasi 45 saat di media sosial yang memaparkan mengenai insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang menyerang beberapa individu di sebuah kedai makan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI