fbpx

Genap 40 tahun ayahanda Raja Permaisuri Agong mangkat semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar Raja Permaisuri Agong bersama Almarhum Sultan Idris Shah Il yang dimuat naik di akaun Instagram Officialsultanibrahim semalam.

PETALING JAYA – Disebalik detik bermakna Sultan Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 semalam, 31 Januari juga mencatatkan tarikh sedih buat Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Ini kerana semalam merupakan tarikh Raja Zarith kehilangan ayahanda tercintanya, Almarhum Sultan Perak, Sultan Idris Shah II pada 31 Januari 1984 iaitu pada 40 tahun lalu.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagram Officialsultanibrahim malam tadi.

Titah Seri Paduka Baginda, ketika kemangkatan Almarhum, ia merupakan detik yang sukar buat Raja Permaisuri Agong kerana sedang mengandungkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail.

“Ketika kemangkatan Almarhum, saya mengandung empat bulan anak pertama saya iaitu Tunku (Mahkota) Ismail dan waktu itu terasa sangat sukar bagi saya.

“Saya sedih Ayahanda saya tidak sempat berjumpa dengan anak sulung saya,” titah Seri Paduka Baginda.

Tambah kenyataan itu, di kala Seri Paduka Baginda berdua memulakan tanggungjawab baharu kepada negara, kenangan kepada Almarhum Sultan Idris Shah II juga tidak harus dilupakan.

Dalam hantaran tersebut, tiga keping gambar turut dimuat naik, salah satunya adalah gambar Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama Almarhum Sultan Idris Shah Il semasa menerima ijazah pada majlis graduasi di Universiti Oxford.

la merupakan kali terakhir Seri Paduka Baginda bertemu Almarhum Ayahanda Baginda.

Dalam gambar rasmi kedua pula memaparkan Seri Paduka Baginda berkabung dan memakai putih selama 100 hari mengikut tradisi Diraja.

Selain itu dalam gambar yang ketiga memaparkan Seri Paduka Baginda berdua pada satu majlis di Johor Bahru dan memakai putih kerana masih berkabung.

Sultan Ibrahim semalam melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara.

Turut melafaz sumpah memegang jawatan hari ini ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI