fbpx

Direman buat tuntutan palsu RM1.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas pemilik syarikat teknologi komputer dan perisian dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

SHAH ALAM – Seorang bekas pemilik syarikat berkaitan teknologi komputer dan perisian direman lima hari bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu pembekalan produk berjumlah RM1.2 juta kepada sebuah yayasan.

Perintah reman bermula hari ini terhadap suspek berusia 50an dikeluarkan Majistret Farah Rosnan.

Sumber berkata, suspek terdahulu ditangkap di sebuah daerah di Johor kira-kira pukul 4 petang, semalam.

Katanya, berdasarkan siasatan terhadap suspek yang kini bekerja sebagai pengimpal telah melakukan kesalahan tersebut pada tahun 2022.

“Hasil siasatan awal mendapati syarikat milik suspek telah dilantik sebagai rakan strategik kepada yayasan tersebut bagi membekalkan pakej perniagaan produk dan perkhidmatan bagi skim pembiayaan.

“Suspek telah menggunakan dan mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu kepada yayasan tersebut iaitu invois-invois pembekalan produk kepada peserta yang berdaftar di bawah skim pembiayaan berjumlah sekitar RM1.2 juta sedangkan pembekalan tersebut tidak dilaksanakan,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Sekyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI