fbpx

Bunuh, bakar kekasih hamil: 21 Mac sebutan serahan rekod telekomunikasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Fakrul (baju putih) dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Besar, hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SABAK BERNAM – Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini, menetapkan 21 Mac depan bagi sebutan serahan rekod telekomunikasi telefon bimbit berkaitan kes seorang pemuda yang didakwa membunuh kekasih hamilnya tahun lalu.

Rekod itu antaranya melibatkan log panggilan telefon bimbit antara tertuduh, Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 21, dan mangsa.

Majistret Siti Hajar Ali memutuskan demikian selepas menerima permohonan pihak pendakwaan bagi penyediaan laporan tersebut.

“Semakan telco (syarikat telekomunikasi) itu perlu disegerakan dan tempoh dua bulan untuk diperoleh dianggap lama.

“Saya membenarkan semakan ini dibuat dalam tempoh sebulan setengah sahaja selepas prosiding ini dijalankan,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Sofea Jaysal memaklumkan masih menunggu semakan rekod itu dan memohon tempoh dua bulan bagi menyediakannya.

Peguam bela Muhammad Nor Tamrin bagaimanapun tiada bantahan dan menyerahkan ia kepada mahkamah.

Terdahulu, Muhammad Fakrul yang berbaju T putih tiba dengan sebuah kenderaan polis di mahkamah itu, kira-kira pukul 9.50 pagi tadi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan bunuh terhadap seorang wanita berusia 21 tahun di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar di sini, kira-kira pukul 8.30 malam 22 Mei sehingga pukul 8 pagi 23 Mei tahun lalu.

Justeru, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI