fbpx

Isteri saman suami malas mandi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa kenalan dan rakan sekerja lelaki itu turut mendakwa tahap kebersihan dirinya lemah. Shutterstock

ANKARA – Seorang wanita di Turkiye memfailkan saman terhadap suaminya kerana jarang mandi, berbau peluh dan hanya memberus gigi sekali atau dua kali seminggu, lapor laman berita Oddity Central.

Wanita yang hanya dikenali sebagai A.Y. itu turut memfailkan perceraian terhadap suaminya, C.Y. dengan memetik alasan kebersihan diri sebagai sebab utama.

Semasa perbicaraan kes di Mahkamah Keluarga ke-19 di Ankara, peguam plaintif memaklumkan bahawa defendan sering memakai pakaian sama dalam tempoh lima hari berturut-turut.

Beberapa saksi dipanggil untuk mengesahkan dakwaan termasuk kenalan pasangan itu dan beberapa rakan sekerja C.Y.  Mereka mengesahkan bahawa C.Y. mempunyai tahap kebersihan diri yang lemah.

Menurut keterangan saksi, C.Y. hanya mandi sekali dalam tempoh tujuh hingga 10 hari dan nafasnya berbau busuk disebabkan hanya memberus gigi sekali atau dua kali dalam seminggu. 

Beberapa rakan sekerjanya berkata, bau badan A.Y. yang busuk menyebabkan mereka terseksa ketika bekerja bersamanya. 

Mahkamah kemudian meluluskan permohonan cerai dikemukakan A.Y. dan memerintahkan lelaki itu membayar pampasan sebanyak 500,000 lira (RM77,874) kepada bekas isterinya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI