fbpx

Lebih 3,000 jemaah sertai solat ‘Subuh Macam Jumaat’ di Masjid Putra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara jemaah yang hadir bagi menunaikan solat Subuh di Masjid Putra, pagi tadi. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kempen solat ‘Subuh Macam Jumaat’ di Masjid Putra di sini pagi tadi disertai lebih 3,000 jemaah.

Solat subuh itu turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa.

Program ‘Subuh Macam Jumaat ‘ itu diimamkan oleh Ustaz Abdul Karim Zakaria, manakala tazkirah subuh pula disampaikan oleh Al-Habib Najmuddin Othman Al-Khered.

Program solat subuh itu diadakan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024 (HWP 2024) yang disambut hari ini.

Ia turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail.

Aktiviti lain yang dianjurkan pagi ini termasuk Berjalan Sihat@Putrajaya iaitu program berjalan santai bermula sejauh 2.5 kilometer (KM) di Dataran Putra, Masjid Putra ke Dataran Putrajaya, Presint 3.

Lebih menarik, sambutan HWP 2024 juga akan diadakan sekali bersama program Hari Terbuka Putrajaya 2024 (POD 2024) yang turut diadakan bermula esok hingga Ahad.

Program yang diadakan menerusi inisiatif Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) juga akan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan diinginkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI