fbpx

David Beckham muncul di TRX Exchange petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bekas bintang bola sepak Inggeris, David Beckham meluahkan perasaan kagum dengan keindahan bandar raya Kuala Lumpur.

Perasaan teruja dapat kembali lagi di negara ini dizahirkan ikon sukan terbabit menerusi perkongsian gambar berlatarkan Menara Berkembar Petronas (KLCC).

“Wow pemandangan indah, bandar hebat,” tulisnya dalam Instagram.

Beckham, 48, kini berada di ibu negara bersempena majlis World of the Predator Exhibition yang mengimbas sejarah 30 tahun but bola sepak dikeluarkan Adidas.

Bersandarkan jadual, legenda bola sepak itu akan membuat kemunculan dalam sesi bersama pemegang keahlian adiclub terpilih di pusat beli belah The Exchange TRX, pukul 6 petang ini.

Sebelum ini, dia berada di Bangkok, Thailand bagi meraikan ulang tahun ke-30 but Predator bersama aktor dan penyanyi terkemuka negara itu, Bright Vachirawit.

Suami kepada penyanyi Victoria Posh juga lebih dulu singgah di Seoul, Korea Selatan untuk acara serupa dan bergandingan dengan bintang Squid Game merangkap duta Adidas, Jung Ho-yeon.

Ini bukan kali pertama Beckham berada di Kuala Lumpur kerana sebelum ini pernah muncul di gedung beli belah Pavilion sekitar September 2017.

Pada November 2014, dia turut hadir bagi memeriahkan sambutan ulang tahun sebuah jam jenama mewah di lokasi sama.

Bagi kemunculan di The TRX Exchange, Beckham bakal disertai ramai selebriti Asia termasuk bintang K-pop, Kim Yug-yeom dan pelakon Thailand, Nanon Korapat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI