fbpx

Panjat bumbung, terjun parit elak dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan di Pangsapuri Aman Perdana, Klang, hari ini. -Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

KLANG – Sanggup menggadai nyawa dengan memanjat bumbung di tingkat lima dan terjun ke dalam parit antara tindakan nekad pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas kediaman mereka di Pangsapuri Aman Perdana di sini, digempur polis, awal pagi tadi.

Serbuan Op Khas Aman 1 lebih tiga jam bermula pukul 2.30 pagi dilakukan sepasukan 330 pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Jabatan Imigresen Selangor.

Hasil operasi yang turut disertai Pasukan Gerakan Am (PGA) membawa kepada penahanan 490 warga asing dari Bangladesh, Nepal dan Indonesia yang berusia 20 hingga 50-an.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, operasi itu dilakukan hasil maklumat awam dan risikan pihaknya selama lebih sebulan.

Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan di Pangsapuri Aman Perdana, Klang, hari ini. – Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

“Pemeriksaan awal mendapati PATI itu melakukan kesalahan imigresen antaranya tiada dokumen perjalanan sah atau tamat tempoh dan menetap lebih masa di negara ini.

“Kes yang diambil tindakan dalam operasi bersepadu itu adalah mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya hari ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati rata-rata warga asing itu sedang lena tidur di hampir 100 rumah sewa masing-masing di empat blok pangsapuri lima tingkat.

Selain itu, ada daripada PATI berkenaan turut ditahan dalam sebuah kedai runcit di tingkat bawah pangsapuri tersebut.

Tambah Mohd. Shuhaily, semua tangkapan akan dibawa ke Depoh Imigresen Semenyih bagi tindakan lanjut. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI