fbpx

Pemilik runsing tiga kali kedai dimasuki pencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAKAMAN CCTV menunjukkan kejadian mencuri di kedai milik Sukijat di Pattaya kelmarin. - Foto The Pattaya News

BANGKOK – Seorang pemilik kedai membaiki pendingin hawa di Pattaya tidak dapat tidur lena gara-gara premisnya dimasuki pencuri sebanyak tiga kali, lapor portal berita The Pattaya News semalam.

Insiden itu dirakam menerusi sistem televisyen litar tertutup (CCTV) kelmarin. Ia menunjukkan seorang lelaki dan perempuan disyaki mencuri paip buat kali ketiga di kedai tersebut.

Rakaman video CCTV itu pada awalnya menunjukkan dua suspek tersebut tiba di kedai berkenaan.

Melihatkan tidak ada orang di laluan kedai itu, suspek wanita menyelongkar premis tersebut.

Dia disyaki mencuri sebatang paip pendingin hawa tembaga sepanjang 10 meter sebelum melarikan diri.

Menurut pemilik kedai itu, Sukijat Pomsema, insiden tersebut adalah kali ketiga melibatkan paip tembaga yang pernah berlaku di kedainya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI