fbpx

2 lelaki dijel letupkan ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
THOMPSON (kiri) dan Shepherd. - Foto Polis Greater Manchester

LONDON – Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara selepas mengaku bersalah mencuri wang tunai berjumlah £160,000 (RM959,229) dari beberapa mesin pengeluaran wang automatik (ATM), lapor portal berita Metro UK semalam.

Mereka juga mengaku menggunakan bahan letupan dalam rompakan itu.

Dalam salah satu rompakan, kedua-dua tertuduh, Wesley Shepherd dan Benjamin Thompson melarikan wang hampir £93,000 (RM557,552) walaupun mesin ATM meletup pada muka mereka.

Menurut laporan, mereka menggunakan alat letupan buatan (IED) yang diletakkan pada mesin ATM untuk melarikan wang tunai.

Thompson dipenjarakan 16 tahun, manakala Shephard dijel 14 tahun dan lapan bulan.

Mereka ditangkap polis beberapa minggu selepas melakukan rompakan.

Polis turut menemui beg yang mengandungi sarung tangan, ves, pita, suar dan pemutar skru milik mereka yang dibuang ketika ditahan. – AGENSI  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI