fbpx

Pemandu bas sempat berhenti sebelum maut akibat serangan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu itu tidak sedarkan diri sejurus selepas bas itu berhenti di tepi jalan. - Time Now News

NEW DELHI, India – Seorang pemandu bas sempat memberhentikan kenderaan yang dipandunya di tepi jalan sebelum meninggal dunia akibat serangan jantung, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.

Dalam kejadian yang berlaku di daerah Balasore, negeri Odisha, semalam, mangsa dilaporkan sempat menyelamatkan nyawa lebih 60 penumpang bas tersebut.

Menurut polis, bas yang membawa pelancong dari Bengal Barat itu dalam perjalanan ke sebuah kuil di daerah Balasore apabila pemandunya mengalami serangan jantung.

Sebaik sahaja mangsa berasa sakit, dia memberhentikan bas di tepi jalan sebelum tidak sedarkan diri.

Penumpang yang panik kemudian menelefon penduduk tempatan untuk membawa pemandu yang dikenali sebagai Sheikh Akhtar itu ke sebuah hospital di Nilgiri.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh doktor. Tindakan mendiang bagaimanapun dipuji oleh penduduk tempatan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI