fbpx

China muncul pengeksport kenderaan terbesar dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dirakam pada 11 September 2023 menunjukkan kenderaan jenama BYD disusun sebelum dimuatkan di atas kapal kontena di Pelabuhan Taicang, wilayah Jiangsu. - AFP

BEIJING – China mengatasi Jepun sebagai pengeksport kenderaan terbesar di dunia pada 2023.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengilang Automobil China bulan ini, negara itu mengeksport  4.91 juta kenderaan pada tahun lepas.

Biro Kastam China melaporkan angka lebih tinggi iaitu 5.22 juta kenderaan pada 2023. Ia adalah peningkatan 57 peratus dari tahun ke tahun.

Dalam masa sama, data yang dikongsikan Persatuan Pengilang Automobil Jepun (JAMA) pula mendapati negara berkenaan mengeksport 4.42 juta kenderaan pada 2023.

Sektor automotif China berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sebahagian besarnya didorong oleh pelaburan besar-besaran dalam pengeluaran kenderaan elektrik (EV).

Berdasarkan data, satu daripada tiga kereta yang dieksport oleh China adalah EV. 

Pada 2022, pengeluaran kenderaan di Jepun (tidak termasuk motosikal) dilaporkan berjumlah 7.84 juta unit, manakala pengeluaran di luar negara berjumlah 17 juta unit.

Berbanding mengeluarkan model elektrik sepenuhnya seperti China, syarikat-syarikat Jepun sebaliknya lebih banyak menghasilkan kereta hibrid seperti Toyota Prius. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI