MELAKA – Ruang pemunggahan barangan di pasar raya Mydin MITC, Ayer Keroh di sini, terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang tadi.
Mydin dalam kenyataan dikeluarkan sebentar tadi memaklumkan, semua insiden itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan kakitangan atau pelanggan.
“Semua pelanggan dan kakitangan berjaya keluar dengan selamat hasil bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta petugas pasar raya.
“Mydin MITC akan kembali beroperasi setelah mendapat kebenaran dan kelulusan JBPM,” katanya.
Tambahnya, sebarang pertanyaan termasuk waktu operasi pasar raya boleh dibuat melalui talian khidmat pelanggan di 1-300-30-8786. – KOSMO! ONLINE