fbpx

Koh Lipe tawar pengalaman mengujakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keluarga penulis bergambar kenangan di salah tempat-ikonik di Koh Lipe.

SUDAH menjadi kebiasaan apabila menjelang penghujung tahun, pasti ada yang memilih untuk menganjurkan trip percutian bersama keluarga.

Bulan Disember sudah menjadi normalisasi untuk meluangkan masa bersama keluarga sempena cuti persekolahan dan tahun baharu.

Tahun ini, penulis bersama keluarga memilih Koh Lipe yang terletak di kepulauan Adang-Rawi, Lautan Andaman, Thailand.

Bagi penulis, pulau itu cukup sesuai untuk meluangkan masa bersama seisi keluarga dengan mengambil kira beberapa faktor penarik yang menjadi perhatian pelancong.

Selain suasana tenang, bersih dan indah, pulau itu juga menyimpan 1,001 kenangan yang mungkin sukar untuk dilupakan.

Mana tidaknya, pemandangan pantai membiru dan suasana mentari di ufuk timur pasti menjadi impian semua pelancong.

Pemilihan waktu yang sesuai untuk bercuti di kawasan pulau itu merupakan perkara yang perlu dititikberatkan.

Ini bagi membolehkan anda merasai pengalaman dan kenikmatan yang berganda sepanjang percutian.

Pun begitu, ada sesetengah pihak menganggap pulau itu untuk golongan kayangan terutamanya berkaitan harga makanan yang dijual.

Penulis tidak melepaskan peluang bergambar di tepi pantai.

Namun, berbeza pula dengan pengalaman yang dirasai penulis selepas hampir empat kali berkunjung ke pulau itu.

Pada penulis, mungkin disebabkan faktor geografi dan sumber asas utama yang terhad, ia menjadi alasan untuk mereka meletakkan harga mahal.

Pada pendapat penulis, harga barangan dan makanan yang dijual masih dalam radar mampu milik dan berbaloi.

Selain isu harga, faktor nilai tambah pulau berkenaan adalah kemudahan mendapatkan makanan halal, rasa yang sedap dan menyelerakan serta kepelbagaian pilihan makanan.

Perkara yang membelenggu penulis sepanjang tempoh percutian ke sana adalah ketersediaan nilai tunai dibawa.

Ini kerana penulis beranggapan pembelian tanpa tunai diamalkan di Koh Lipe.

Malangnya, tidak semua jurujual di situ menawarkan perkhidmatan tersebut dan mereka lebih gemar mengambil wang secara tunai.

Jadi, nasihat penulis, pastikan membawa wang tunai secukupnya jika ingin ke pulau yang mendapat julukan ‘Maldives of Thailand’ itu.

Apa pun, itu bukanlah halangan yang ketara dan tidak sesekali menganggu ‘mood’ percutian penulis sepanjang tempoh tiga hari dua malam berada di pulau tersebut.

Semuanya berjalan lancar seperti yang direncanakan.

Sepanjang berada di sana, penulis berpeluang menikmati keindahan makanan dan suasana malam di Walking Street, melihat matahari terbenam, selam snorkel dan mengelilingi empat pulau utama serta melihat pertunjukan api.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI