fbpx

Dua buah rumah didiami 13 orang musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua buah rumah yang musnah terbakar di Kampung Bahagia Jaya Tengah, Sibu, Sarawak awal pagi tadi.

SIBU – Seramai 13 orang termasuk seorang Orang Kurang Upaya (OKU) hilang tempat tinggal dalam kebakaran melibatkan dua buah rumah di Kampung Bahagia Jaya Tengah, di sini pada awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 5.18 pagi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dan BBP Sibu Sentral ke lokasi.

“Setiba di lokasi, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan dua buah rumah setingkat, dengan rumah pertama terbakar 80 peratus manakala rumah kedua terbakar 100 peratus.

“Kebakaran turut memusnahkan sebuah kereta, sebuah van dan tiga buah motosikal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya kesemua penghuni rumah terbabit berjaya keluar menyelamatkan diri sebelum ketibaan pihak bomba.

Menjelas lanjut, beliau berkata rumah pertama didiami seramai sembilan orang sekeluarga terdiri daripada empat lelaki dan lima wanita berusia antara 15 hingga 43 tahun.

Manakala rumah kedua didiami empat mangsa berusia 28 hingga 56 tahun, terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita dengan seorang daripada lelaki terbabit adalah OKU. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI