KULAI – Kapal terbang peribadi yang membawa Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berangkat berlepas meninggalkan Hangar Diraja Senai, di sini pada pukul 9 pagi.
Baginda akan terus menuju ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 di Istana Negara.
Terdahulu, baginda keluar meninggalkan Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada pukul 7.45 pagi dan melalui tujuh lokasi checkpoint yang disediakan bagi rakyat Johor menyaksikan istiadat bersejarah hari ini. – KOSMO! ONLINE