fbpx

Motosikal dinaiki empat sekeluarga dilanggar, kanak-kanak perempuan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal dinaiki empat sekeluarga yang dilanggar sebuah kereta di Jalan Selama-Bagan Serai dekat Matang Jelutong, Bagan Serai, Perak semalam. - Foto IHSAN JBPM

BAGAN SERAI – Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia manakala tiga ahli keluarganya mengalami kecederaan setelah terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Selama-Bagan Serai dekat kawasan Matang Jelutong di sini malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya telah menerima panggilan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 9.41 malam.

“Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai bergegas ke lokasi dan mendapati kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipandu oleh seorang lelaki telah melanggar bahagian belakang motosikal dinaiki oleh empat sekeluarga.

“Impak dari kemalangan itu menyebabkan motosikal yang dinaiki oleh empat beranak itu terbabas lalu terjatuh ke dalam parit saliran di bahu jalan,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, setibanya jentera bomba di lokasi, tiga dari ahli keluarga iaitu kanak-kanak perempuan dan lelaki masing-masing berusia 5 dan 7 tahun serta remaja lelaki berusia 14 tahun didapati mengalami kecederaan dan telah dibawa oleh ambulans ke Hospital Parit Buntar untuk tujuan rawatan.

“Pihak bomba telah dimaklumkan oleh pihak Hospital Parit Buntar, kanak-kanak perempuan yang berusia 5 tahun disahkan meninggal dunia di hospital ketika mendapatkan rawatan.

“Seorang wanita berusia 32 tahun turut mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital sama,” katanya yang turut memaklumkan, operasi tamat pada pukul 10.10 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI