SINGAPURA – Tiga pekerja imigran pergi menyaksikan konsert kumpulan rock Britain, Coldplay secara percuma di Stadium National, Singapura pada Sabtu lalu, lapor portal berita Today.
Mereka mendapat tiket daripada restoran Krsna’s Free Meals yang menyediakan makanan percuma kepada pekerja imigran.
“Tidak seorang pun daripada mereka yang mengetahui tentang Coldplay. Namun, mereka menyedari bahawa ia adalah sesuatu yang besar,” kata jurucakap restoran tersebut.
Walaupun kurang mengetahui tentang lagu Coldplay, mereka masih seronok menonton konsert tersebut.
Restoran itu menyatakan, pihaknya menawarkan tiket percuma untuk mengajar mereka tentang kebaikan yang terdapat di dunia.
Bagaimanapun, sebahagian netizen ragu sama ada para pekerja imigran itu menikmati keseronokan menonton konsert itu kerana mereka mungkin tidak mengenali ‘band’ tersebut. – AGENSI