fbpx

Lelaki maut kereta dipandu bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Sungai Rawa, Sungai Bogak, Bagan Serai petang tadi. - Foto IHSAN JBPM

BAGAN SERAI – Seorang lelaki maut apabila kereta jenis Perodua Myvi dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Persekutuan Ipoh-Butterworth dekat Sungai Rawa, Sungai Bogak di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kejadian pada pukul 3.33 petang.

“Seorang lelaki dikenali sebagai Ng Yooi Heong, 43, disahkan maut oleh pegawai perubatan akibat kecederaan pada bahagian kepala dan mangsa tidak tersepit,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya membantu mengeluarkan mayat mangsa dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI