fbpx

Polis Langkawi siasat dakwaan pelancong asing bayar saman RM100 elak ke balai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video dirakam pelancong warga asing yang mendakwa membayar saman RM100 atas kesalahan tidak memakai topi keledar di Langkawi, tahun lalu.

LANGKAWI – Polis sedang mengumpul maklumat berhubung satu video tular memaparkan seorang pelancong warga asing mendakwa membayar RM100 bagi mengelak dibawa ke balai polis dan disaman kerana tidak memakai topi keledar di pulau peranginan ini tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihak polis sedang mengumpulkan maklumat mengenai butiran kejadian tersebut yang mana video asal dimuat naik menerusi YouTube pada 10 November lalu.

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai perkara ini diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, menerusi video tular tersebut, seorang pelancong dari Australia dihampiri seorang individu dipercayai anggota polis yang mahu menyamannya atas kesalahan tidak memakai topi keledar.

Individu terbabit menjelaskan kepada pelancong itu bahawa dia perlu membayar saman tersebut serta-merta kerana dia bukan warganegara selain perlu ke balai polis untuk mendapatkan resit bayaran.

Pelancong kemudian bertanya kepada anggota tersebut ‘RM100 okay?’, sebelum mendakwa pergi ke lorong belakang untuk membayar jumlah saman berkenaan – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI