fbpx

Rizky Febian menangis sebelum lamar Mahalini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIZKI kini bergelar tunang kepada Mahalini, antara penyanyi yang meledak popular ketika ini.

RAMAI peminat tertunggu-tunggu majlis pernikahan penyanyi Rizky Febian dan tunangnya, Mahalini Raharja yang dikatakan bakal berlangsung dalam tempoh terdekat.

Biarpun diasak dengan media mengenai tarikh pernikahan, pasangan yang bertunang pada 7 Mei tahun lalu itu tetap mengunci mulut.

Mereka juga sebelum ini tidak menyembunyikan kemesraan, namun hal pernikahan dan resepsi tetap enggan didedahkan demi privasi.

Bahkan, anak kepada pelawak Sule itu juga sempat berkongsi momen mendebarkan sebelum meluahkan lamaran kepada wanita pujaan hatinya.

Kata penyanyi Hingga Tua Bersama itu, dia menitiskan air mata kerana sebak dan terharu sebelum melafazkan ucapan mahu melamar Mahalini di depan keluarga wanita idamannya itu.

“Saya terdiam seketika sehingga terpaksa meminta diri ke bilik air. Di situ saya menangis ditambah terkenang arwah ibu yang tiada di sisi pada hari penting bersama insan tersayang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI