fbpx

Bantu orang bukan hanya dengan duit tetapi hati – Ebit Lew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew menasihatkan masyarakat agar tidak hanya melihat bantuan kebajikan atau kerja amal tertumpu kepada wang ringgit semata-mata.

Kata Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew, memberi pertolongan kepada orang lain turut memerlukan sebuah keikhlasan.

“Bantu orang bukan hanya dengan duit tetapi juga hati dan keikhlasan.

“Bersama saya sekarang 20 orang anak muda. Mereka tiada duit yang banyak tetapi mereka ada tenaga. Mereka bersama saya sanggup berlapar demi membantu golongan yang dalam kesusahan,” katanya kepada Kosmo! Online dalam sidang akhbar secara maya Jejak Ebit Lew semalam.

Ebit juga berkongsi, satu lagi perkara penting yang perlu dilakukan adalah sentiasa mengutamakan keluarga terutama ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan kita.

“Saya masih ingat, gaji pertama saya RM800. Kesemua gaji itu saya bagi kepada ibu saya. Waktu itu pertama kali saya jejakkan kaki di Kuala Lumpur. Saya tidur di masjid.

“Bahagiakan orang tua kita. Senyuman mereka, kebahagiaan kita. Kemudian kita sambung tolong adik-beradik kita. Jangan kedekut. Utamakan keluarga kita dahulu, baru tolong orang luar,” jelas Ebit, 35. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI