fbpx

Seminggu hilang, mayat peniaga kelapa ditemukan dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa dijumpai mati dalam keadaan tertiarap di atas sofa di sebuah rumah di Kampung Kemumin, Pengkalan Chepa dekat Kota Bharu semalam. FOTO IHSAN BOMBA

KOTA BHARU – Seorang peniaga kelapa ditemukan mati dalam keadaan tertiarap di rumahnya di Kampung Kemumin, Pengkalan Chepa, di sini semalam selepas lebih seminggu hilang tanpa khabar berita.

Kematian mangsa yang dikenali sebagai Kamal, 37, disedari penduduk, Ismail Saamah, 75, yang datang ke rumah lelaki itu kira-kira pukul 12 tengah hari.

Menurut Ismail, dia melihat pintu rumah mangsa dalam keadaan berkunci sebelum memanggil lelaki itu beberapa kali, namun tiada jawapan.

“Saya mengesyaki ada perkara yang tidak kena selepas terhidu bau busuk. Saya segera memanggil seorang lagi penduduk bagi mendapatkan kepastian mengenai bau tersebut.

“Saya melihat ayam peliharaan Kamal juga sudah mati. Saya segera memanggil tukang besi untuk membantu memecahkan pintu rumah itu,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Ismail memberitahu, dia menemukan mayat rakannya itu dalam keadaan tertiarap atas sofa semasa anggota bomba tiba di rumah tersebut.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Shukri Ismail berkata, tujuh anggota bomba membuka pintu rumah yang berkunci dari dalam. Mayat lelaki itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud mengesahkan kejadian itu dan maklumat mengenainya akan diberikan secepat mungkin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI