fbpx

‘Datuk’ palsu ditahan kes rasuah tender pengiklanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah syarikat pengiklanan (dua dari kiri) dan orang tengahnya (dua dari kanan) ditahan reman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM92,500 di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang pengarah syarikat pengiklanan yang disyaki memakai gelaran ‘Datuk’ palsu direman enam hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah RM92,500 empat tahun lalu.

Perintah reman terhadap suspek berusia 62 tahun itu dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Beliau juga membenarkan perintah reman bagi tempoh sama terhadap seorang lelaki lain berusia 57 tahun yang dipercayai bertindak sebagai orang tengah bagi transaksi rasuah tersebut.

Sumber berkata, pengarah syarikat pengiklanan itu meminta dan menerima rasuah sebagai balasan melantik sebuah syarikat menjadi subkontraktor bagi kerja pemasangan dan penyelenggaraan papan iklan di sekitar Dungun.

Beliau berkata, suspek dikatakan menerima sogokan itu daripada pemilik syarikat yang dilantik bagi projek bernilai RM2.5 juta pada 2020.

“Projek tersebut dikatakan tidak wujud, namun wang rasuah itu diterima suspek menerusi akaun pihak ketiga.

“Suspek juga dipercayai ditawarkan projek berkenaan melalui sebuah kementerian meliputi kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan papan iklan di seluruh negara,” katanya di sini hari ini.

Sumber berkata, pengarah syarikat pengiklanan dan orang tengahnya ditahan secara berasingan di Batu Caves, Selangor dan Kuantan semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI